Berdagang Emas | Berdagang Perak | Dagangan Logam Berharga

Dagangan Emas dan Pasaran Logam Berharga

Dagangan Emas dan logam berharga lain, termasuk juga minyak mentah, kuprum dan petroleum adalah komoditi semulajadi yang memainkan peranan penting dalam pasaran komoditi dan merupakan barang dagangan berkontrak. Kontrak berasaskan logam berharga terdiri daripada niaga hadapan, harga spot, hadapan dan opsyen.

Perantara yang membolehkan kontrak niaga hadapan dilakukan adalah bursa niaga hadapan atau pasaran komoditi. Pelabur di seluruh dunia boleh mengakses kira-kira 50 pasaran komoditi utama dengan logam berharga seperti emas, perak, platinum dan palladium sebagai aset dagangan utama disebabkan oleh ketahanan dan nilai ekonominya yang tinggi. Jika Asia merupakan pasaran logam berharga terbesar dunia (China, India dan Singapura sebagai pengguna tertinggi komoditi ini), pasaran komoditi pula dikuasai oleh syarikat Amerika dan Eropah dengan syarikat logam berharga terbesar yang berpusat di Jerman dan Kanada.

CUBA AKAUN DEMO

Pasaran bursa niaga hadapan dimana selain daripada mata wang, indeks saham, emas dan lain-lain logam berharga turut aktif didagangkan, ia dibuka 24 jam sehari kecuali pada hari minggu. Secara umumnya, logam berharga dibeli menggunakan dua kaedah utama: kontrak spot dan kontrak niaga hadapan. Jika kontrak spot melibatkan jual beli fizikal komoditi untuk bayaran dan penghantaran pada tarikh spot (kebiasaannya dua hari bekerja selepas tarikh transaksi), niaga hadapan adalah kontrak yang diseragamkan, dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak untuk membeli atau menjual logam berharga pada kuantiti dan kualiti yang spesifik dengan harga yang dipersetujui (disebut sebagai harga hadapan) dengan pembayaran dan penghantaran pada tarikh yang akan datang (disebut sebagai tarikh penghantaran). Pembelian dan penjualan niaga hadapan berlaku tanpa pemilikan fizikal sebenar komoditi yang didagangkan dan dilakukan melalui dagangan atas talian.

Dagangan Emas dan Logam Berharga

Logam berharga yag kerap didagangkan adalah emas, platinum, palladium dan perak. Jumlah dagangan yang tinggi untuk komoditi-komoditi ini disebabkan oleh nilai intrinsik yang berkekalan tanpa mengira keadaan ekonomi. Kecenderungan untuk pembelian atas talian dan juga pemilikan fizikal untuk logam berharga sebagai pelaburan jangka panjang meningkat dengan banyak dalam beberapa dekad ini. Dagangan logam berharga juga memberikan peluang buat yang berminat dalam pelaburan jangka pendek memandangkan derivatif dan kontrak dagangan bursa hanya memerlukan modal yang lebih rendah serta lebih mudah untuk mendapatkan posisi dari pergerakan harganya.

Tidak seperti kebanyakan komoditi yang sangat bergantung pada tahap pengeluaran dan penggunaan, harga dagangan emas tidak terikat sebegini. Harganya mengikut rentak perubahan politik yang membolehkan emas berfungsi sebagai perlindungan nilai terhadap pasaran lain dalam keadaan yang tidak dapat dijangka. Selain emas, platinum, palladium dan perak adalah aset berharga dan didagangkan oleh pelabur-pelabur yang menganggap ianya sebagai simpanan nilai sewaktu ketidaktentuan kewangan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pergolakan harga dan boleh menyebabkan turun naik dalam pasaran logam berharga. Salah satu faktor penting adalah institusi kewangan global dimana pelaburan adalah bersifat spekulatif yang menyebabkan berlakunya pergerakan turun naik harga. Faktor lain yang mempengaruhi pasaran adalah trend pengguna akhir yang disebabkan oleh pembeli barang kemas. Permintaan barang kemas menyebabkan harga pasaran logam berharga meningkat. Ekonomi juga memberikan impak pada harga pasaran. Dalam ekonomi global yang baik, taraf kekayaan berhubung secara terus dengan permintaan barang kemas dari emas dan logam berharga yang lain. Apabila pelabur mencari pilihan pelaburan yang lebih berisiko, harga untuk beberapa logam berharga menurun sedangkan harga yang lain meningkat. Akhir sekali, perubahan permintaan untuk aset kewangan selain daripada logam berharga turut menyumbang kepada pergolakan harga.

Sejarah Dagangan Emas dan Logam Berharga

Logam berharga dan emas khususnya merupakan simbol kekayaan. Sejak zaman dahulu, ketika emas digunakan sebagai pertukaran berabad lamanya sama ada dalam bentuk syiling, bar dan jongkong yang mempunyai ketulenan dan berat yang tetap, emas telah menjadi aset yang bernilai dan dikehendaki. Syiling emas pertama dihasikan pada tahun 600 SM dan penggunaannya sebagai wang pertukaran (piawaian emas) berkekalan sehingga tahun 1930-an. Sebagai logam mudah lentur dan konduktor eletrik yang tinggi, emas tidak bertindakbalas dengan elemen lain dan ia digunakan dalam berberapa industri antaranya barang kemas, elektronik dan kimia komersial serta perubatan. Emas sebagai wang komoditi hanya digantikan oleh sistem mata wang fiat selepas tahun 1976, namun ia masih kekal sebagai aset pelaburan yang kukuh sehingga ke hari ini.

Selain emas, untuk lebih 4 ribu tahun, perak juga telah digunakan sebagai wang pertukaran dengan piawaian perak yang kekal sehingga abad ke-19. Permintaan industri, komersial dan pengguna menjadikan perak sebagai aset yang kukuh untuk pelaburan, dan derivatif seperti niaga hadapan perak didagangkan di pelbagai pasaran bursa di seluruh dunia. Dengan kehadiran dagangan atas talian, produk dagangan pertukaran perak merupakan cara mudah untuk pelabur mendapatkan harga perak dan melabur untuk jangka masa panjang.

Jika dibandingkan dengan dagangan emas dan perak yang telah menjadi aset pelaburan sejak tamadun purba, platinum dan palladium mempunyai sejarah yang lebih singkat dalam sektor kewangan. Walaubagaimanapun, disebabkan ia susah didapati dan kurangnya penghasilan tahunan ditambah dengan fungsinya yang pelbagai dalam beberapa bidang industri, pada satu-satu masa ia boleh dijual pada harga lebih tinggi daripada emas. 10 kali lebih jarang ditemui berbanding emas, platinum adalah simbolik kekayaan dan aloi platinum (emas putih) telah digunakan sejak peradaban pre-Colombia. Penemuan platinum pertama di Eropah adalah pada abad ke-16 dan sejak abad ke-18 ia telah digunakan dalam barang kemas, industri kimia dan permotoran, pergigian dan juga perubatan.

Sama seperti platinum, palladium juga memainkan peranan yang penting dalam teknologi. Sejak penemuannya pada abad ke-19 Eropah, permintaan global untuk palladium telah meningkat mendadak terutamanya dalam industri automobil, malah turut digunakan secara meluas dalam perubatan, industri elektikal, barang kemas dan juga sebagai aset pelaburan. Disebabkan oleh permintaan dan penawaran (s.c. penentuan harga pasaran), harga platinum dan palladium boleh meningkat seperti harga emas atau lebih sewaktu ekonomi dalam keadaan stabil tetapi akan menurun jauh berbanding harga emas sewaktu ketidakstabilan ekonomi, menjadikan emas sebagai logam yang lebih stabil untuk pelaburan.

Dagangan Emas dan Logam Berharga Hari Ini

Logam berharga adalah salah satu komoditi semulajadi yang popular didagangkan sejak tahun 1970. Selain dagangan tukaran mata wang asing (forex), pelaburan jangkamasa panjang dalam emas dan logam berharga merupakan kaedah pengurusan risiko portfolio yang popular di seluruh dunia ketika inflasi atau ketidakstabilan politik/ekonomi.

Kontrak niaga hadapan dikenali sebagai kontrak derivatif yang bermaksud nilai kontrak diambil daripada prestasi aset pendasar. Salah satu tujuan utama melabur dalam niaga hadapan logam berharga adalah untuk mengurangkan risiko: memandangkan kebolehan pembeli dan penjual kontrak untuk menetapkan kadar atau harga terlebih dahulu untuk transaksi akan datang, jadi mereka boleh boleh mengawal daripada pergerakan harga yang drastik atau tiba-tiba yang boleh menyebabkan kerugian meningkat.

Logam berharga boleh didagangkan dalam dua arah: sekiranya pasaran dijangka bergerak ke atas (trend menaik) dagangan boleh dilakukan dengan membeli kontrak niaga hadapan (melakukan pembelian) dan menutup dagangan dengan menjual semula; dan sekiranya jangkaan pergerakan ke bawah (trend menurun), dagangan boleh dilakukan dengan menjual kontrak niaga hadapan (melakukan penjualan) dan menutup dagangan dengan pembelian kontrak. Kemungkinan untuk dagangan beberapa kontrak niaga hadapan turut diberikan iaitu memasuki kontrak pada harga berbeza dan keluar pada satu-satu harga atau sebaliknya. Kebolehan untuk melakukan dagangan dua arah membolehkan pelabur meraih keuntungan tidak kira ketika pasaran dalam keadaan menaik atau menurun.

Dagangan Forex | Pasaran Forex |

Mengapa MT4 XM Lebih Baik?

Amana Capital mempelopori tawaran platform MT4 dengan kualiti pelaksanaan dagangan. Berdagang MT4 dengan Tanpa Sebut Semula-Harga, Tanpa Penolakan dengan julat leverage fleksibel dari 1:1 – hingga 500:1.

Ciri-ciri MT4 XM
Lebih 300 Instrumen Termasuk Forex, CFD dan Niaga Hadapan
Akses Log masuk pada 8 Platform
Spreads serendah 0 pip
Fungsi EA (Expert Advisor)
Dagangan 1 Klik
Peralatan Analisis Teknikal dengan 50 penunjuk serta carta
3 Jenis Carta
Akaun Lot Micro (Pilihan)
Perlindungan nilai dibenarkan
Fungsi VPS

CUBA AKAUN DEMO

Ciri-ciri Utama MT4

Menggunakan Expert Advisors, terbina dalam penunjuk khusus
Dagangan 1 Klik
Lengkapkan analisis teknikal dengan 50 peralatan penunjuk serta carta
Panduan untuk MetaTrader4 dan Metaquotes Language 4
Menguruskan pelbagai perintah
Cipta pelbagai penunjuk khusus dan waktu
Pengurusan sejarah pangkalan data, dan sejarah data import/eksport

Mengenai Metatrader (MT4)

MetaTrader 4, atau MT4, adalah platform dagangan elektronik untuk pertukaran mata wang asing, yang dibangunkan oleh syarikat perisian dari Rusia iaitu MetaQuotes Software Corp, yang kini memberikan lesen perisian MT4 melebihi 500 broker dan bank di seluruh dunia. Dikeluarkan pada tahun 2005, Perisian dagangan MT4 menjadi popular di kalangan peniaga forex kerana ciri-cirinya yang mesra pengguna serta kemudahan dagangan automatik yang membolehkan pengguna mencipta skrip dan robot dagangan (yang dikenali sebagai expert advisor). Bagi kebanyakan peniaga atau pelabur atas talian sama ada yang berdagang forex atau CFD (Contracts for Difference pada pelbagai instrumen kewangan), MetaTrader 4, adalah pilihan yang bijak.

Selain dianggap sebagai platform dagangan popular atas talian untuk memasuki pasaran global MT4, ia juga terkenal sebagai perisian terbaik dalam dagangan pertukaran asing yang (dibangunkan khas untuk peniaga individu atas talian). Platform dagangan atas talian (atau elektronik) adalah program perisian berasaskan komputer yang digunakan untuk menempatkan perintah dagangan bagi pelbagai instrumen dagangan menerusi rangkaian dengan institusi kewangan (seperti syarikat broker) yang beroperasi sebagai perantara kewangan (iaitu kemudahan transaksi atas talian antara pembeli dan penjual dengan melaksanakan dagangan). Pelabur atas talian boleh berniaga pada harga pasaran secara langsung yang dikemas kini oleh platform dagangan, di samping meningkatkan potensi keuntungan dengan peralatan dagangan tambahan yang disediakan oleh platform seperti pengurusan akaun dagangan, liputan berita langsung, pakej carta serta robot dagangan, yang dikenali sebagai expert advisor.

Dibandingkan dengan platform dagangan atas talian yang digunakan untuk dagangan siri instrumen kewangan seperti mata wang, ekuiti, bond, niaga hadapan dan pilihan, versi perisian pertama adalah bersesuaian dengan pertukaran saham. Sehinggalah pada tahun 1970, transaksi kewangan antara broker dan pihak pelanggan masih diproses secara manual, dan peniaga tidak mempunyai keupayaan untuk mengakses pasaran kewangan global secara terus tetapi hanya melalui orang tengah. Pada masa kini platform dagangan elektronik telah mula digunakan dalam transaksi. Platform pertama ini telah digunakan secara rasmi untuk pertukaran saham dan dikenali sebagai sistem RFQ (request for quote), yang mana pelanggan dan broker menempatkan perintah yang akan disahkan kemudian. Semenjak tahun 1970, platform e-dagang yang tidak menyediakan harga streaming langsung telah diganti oleh perisian yang dibangunkan dengan perintah pelaksanaan segera, berserta harga liputan langsung dan antara muka pelanggan yang lebih menarik.

Bagaimana MT4 Dibangunkan

Generasi pertama platform dagangan pertukaran mata wang asing (forex) berasaskan internet telah dibangunkan pada tahun 1996, menjadikan pertukaran mata wang asing membangun dan berkembang dalam pasaran. Hasilnya, laman berasaskan pertukaran mata wang asing runcit membolehkan pelanggan individu mengakses pasaran global dan berniaga mata wang melalui komputer mereka. Walaupun generasi pertama platform dagangan elektronik pada permulaannya adalah perisian yang boleh dimuat turun ke komputer dan masih kekurangan antara muka yang mesra pengguna, ciri-ciri baru ditambah secara beransur-ansur seperti analisis teknikal dan peralatan pencartaan di tambah, sekali gus menghasilkan atribut yang lebih menarik dan pilihan program yang digunakan sebagai platform berasaskan laman web dan peranti mudah alih (seperti telefon pintar, tablet) yang bersesuaian dengan peralatan automatik seperti robot dagangan.

Bersama-sama dengan pengenalan platform dagangan atas talian, segmen yang berkembang pesat pada pasaran pertukaran mata wang asing turut muncul, yang mana melibatkan individu yang boleh mengakses pasaran global dan berniaga atas talian melalui broker dan bank: peruncit forex. Segmen pasaran membolehkan pelabur kecil mengakses pasaran dan berniaga dalam jumlah yang kecil. Permintaan untuk platform dagangan yang lebih canggih kian meningkat, khususnya dagangan runcit forex, dan keperluan perkembangan bagi individu untuk berniaga dalam pasaran global. Dikeluarkan pada tahun 2005, platform dagangan atas talian MetaTrader 4 adalah perisian yang memungkinkan sejumlah besar peniaga forex membuat spekulasi dan melabur dalam pertukaran mata wang dan lain-lain instrumen kewangan di seluruh dunia.

Penggunaan Metatrader (MT4)

Pada masa kini, lebih setengah juta peniaga runcit menggunakan platform MT4 dalam dagangan harian mereka, dengan memperoleh faedah pada ciri-ciri yang memudahkan peniaga membuat keputusan dalam dagangan automatik, dagangan mudah alih, dagangan satu-klik, mengakses suapan berita, terbina dalam penunjuk khusus, kebolehan untuk menangani pelbagai perintah, pengesanan penunjuk dan lain-lain. Sesuai untuk peniaga baru dan peniaga yang berpengalaman dengan kemahiran dan amalan pelaburan yang serba boleh, MT4 hari ini dianggap sebagai perisian dagangan terbaik di seluruh dunia.

Dagangan Automatik dan MT4

Dagangan automatik terkenal di kalangan pelabur atas talian sebagai peralatan berguna untuk memproses perintah dagangan secara automatik dengan pantas dan berdasarkan peraturan dagangan yang ditetapkan (seperti kemasukan dan keluaran) yang ditetapkan oleh peniaga menggunakan bahasa pemprograman MQL MetaTrader4. Juga dikenali dengan nama sistem dagangan, dagangan automatik mempunyai satu lagi kelebihan: memandangkan ia menjalankan dagangan secara mekanikal dan berasaskan tetapan peniaga, ia tidak melibatkan faktor negatif daripada dagangan, yang sering mempengaruhi keputusan pelaburan negatif. Oleh itu ia mempunyai keupayaan untuk mengendalikan dagangan bagi pihak pelabur, serta proses analitikal yang terlibat dalam proses dagangan.

Teknologi canggih platform MT4 menyediakan dagangan automatik sebagai salah satu ciri-ciri, pelaksanaan perintah dagangan berturut-turut pada kelajuan yang mana adalah mustahil sekiranya dilakukan menerusi dagangan manual. Bagi kebanyakan pelabur ia menjimatkan masa pelaksanaan dagangan.

Uji kaji (iaitu ujian strategi dagangan pada tempoh tertentu) antara satu lagi kelebihan dagangan automatik yang menggunakan peraturan dagangan pada sejarah data pasaran dan memantau serta menilai keberkesanan idea dagangan pelabur. Dengan menggunakan ujian yang betul, peniaga boleh menilai dengan mudah dan merangka semula idea dagangan, yang boleh digunakan dalam amalan dagangan untuk hasil yang memuaskan. Selain berkesan, dagangan automatik juga adalah kaedah canggih untuk berniaga dalam pasaran, manakala bagi peniaga baru, adalah disarankan untuk bermula dengan saiz rendah sewaktu proses pembelajaran.

Selain itu, potensi kegagalan mekanikal juga memberi kesan kepada hasil dagangan yang dijalankan secara automatik, dan kebanyakan peniaga dengan sambungan internet yang lemah juga terpaksa memantau dagangan secara manual yang dikendalikan oleh dagangan automatik. Dalam usaha untuk mengelakkan sebarang faktor negatif seperti sambungan internet yang lemah, kegagalan komputer, atau litar pintas yang tidak dijangka, perkhidmatan sambungan percuma berasaskan gentian optik MT4 VPS (Virtual Private Server) XM memastikan operasi dagangan automatik dan expert advisor beroperasi pada setiap masa dengan membolehkan pelanggan untuk menyambung ke MT4 VPS serta menikmati dagangan dengan lancar.

Dagangan Automatik dan MQL

Dagangan automatik adalah salah satu ciri yang popular bagi MetaTrader4. Ia adalah rekod yang mana sejak tahun 2014, lebih 75% saham dagangan Amerika Syarikat. Termasuk NASDAQ dan New York Stock Exchange, telah dikendalikan menerusi perintah sistem dagangan automatik. Hakikat bahawa hari ini dagangan automatik pada perisian MT4 turut tersedia untuk peniaga runcit dan pelabur, membolehkan dagangan bukan sahaja saham malah juga pertukaran mata wang asing (forex), niaga hadapan dan pilihan. Platform MT4 menggunakan MQL4, bahasa skrip proprietary untuk melaksanakan strategi dagangan, yang membantu para peniaga membangunkan expert advisor mereka sendiri (iaitu robot dagangan), skrip dan penunjuk khusus, serta penguji dan mengoptimumkan EA mereka dengan penguji strategi MT4.

MQL4 merangkumi sebilangan besar fungsi yang membolehkan para peniaga menganalisis petikan yang diterima sebelum dan yang terkini, mengikuti perubahan harga menerusi penunjuk teknikal dan bukan sahaja mengurus bahkan terus mengawal perintah dagangan. Lebih 30 penunjuk teknikal khusus untuk kegunaan peniaga pada perisian MT4 boleh didapati dalam pelbagai instrumen dagangan selain forex, yang membantu pelabur mengenal pasti corak harga dinamik, trend pasaran dan menentukan kemasukan serta poin keluaran, selain mengendalikan isyarat dagangan.

Program dagangan yang tertulis dalam bahasa pemprograman MQL4 digunakan untuk pelbagai tujuan dan ciri-ciri kepada peniaga. Expert advisor, yang berhubung dengan carta tertentu, menyediakan maklumat berharga kepada pelabur atas talian mengenai kemungkinan dagangan serta boleh melaksanakan dagangan bagi pihak mereka, menghantar perintah secara terus ke pelayan dagangan. Dengan menggunakan MQL4, pelabur boleh menulis penunjuk khusus mereka sendiri dan menggunakannya sebagai tambahan pada terminal pelanggan MT4. MQL4 juga termasuk dalam skrip, tetapi tidak seperti expert advisor, ia tidak melaksanakan sebarang tindakan yang ditetapkan bagi pihak peniaga dan aktiviti dagangan tunggal tertentu.

Dagangan Mudah Alih dan MT4

MetaTrader4 telah direka dengan mengambil kira segala keperluan teknologi abad ke-21 dengan memastikannya berada dalam keadaan baik. Ini adalah antara sebab mengapa pilihan dagangan mudah alih MT4 popular di kalangan para pelabur untuk mengakses platform dagangan, selain dari sistem operasi Windows dan Mac yang berasaskan PC, secara terus dari telefon pintar dan tablet. Dagangan portfolio serta pelbagai pengurusan akaun dagangan dan/atau pemantauan secara langsung. Mempunyai keupayaan untuk menguruskan pelbagai akaun dagangan dari satu antara muka dan dari peranti mudah alih seperti telefon pintar, poket dan tablet PC memberikan para pelabur kelebihan dalam dagangan manakala keserasian perisian dengan sistem operasi IOS membolehkan pengguna Mac mengikuti perubahan pasaran 24 jam sehari dan menempatkan dagangan secara terus menerusi iPhone, iPad atau iPod Touch.

Dagangan mudah alih MT4 memudahkan para pelabur atas talian mengikuti perkembangan pasaran global, menempatkan perintah pelaksanaan dan menguruskan akaun mereka pada bila-bila masa di mana sahaja. Selain itu, dagangan mudah alih turut menyediakan pilihan analisis dan paparan grafik pada petikan bagi pengurusan akaun. Memandangkan pilihan dagangan mudah alih MT4 adalah sama seperti telefon pintar dan tablet untuk dagangan PC, pelabur atas talian boleh melaksanakan aktiviti dagangan mereka pada kelajuan serta peralatan dagangan yang sama untuk hasil yang memuaskan.

Bagaimana Berdagang ?

Pembukaan Kedudukan

Bagaimana Membuka Kedudukan 
Kedudukan yang dibuka sama ada membeli (meletakkan dagangan long) atau menjual (meletakkan dagangan short) pada Forex, Emas dan Perak Lani, Niaga Hadapan Minyak dan Gas dan Niaga Hadapan Indeks yang ditawarkan oleh Amana Capital. 
Gambarajah di bawah menunjukkan butang “Beli” (long) dan “Jual” (short) yang memulakan kedudukan long atau short dalam platform Meta Trader 4. 

Penting: Pelabur, sebelum menekan butang Beli atau Jual, perlu ingat untuk pilih simbol betul yang dia hendak dagangankan cth. dalam contoh ini “USDJPY” dan “Volume” dia hendak dagangkan cthnya 0.3 lot, 1.0 lot 5.0 lot.

Ambil perhatian bahawa pelabur boleh meletakkan renti rugi atau ambil untung pada masa yang sama bagi menguruskan risikonya – untuk maklumat lanjut mengenai renti rugi dan ambil untung sila lihat di bawah. 

CUBA AKAUN DEMO

Membeli / Meletakkan dagangan long
Pelabur boleh membuka dagangan dengan membeli atau meletakkan daganganlongpada mana-mana instrumen yang ditawarkan oleh Amana Capital. Untuk mendapat keuntungan harga instrumen itu perlu menaik.

Menjual / Meletakkan dagangan short
Pelabur boleh membuka dagangan dengan menjual atau meletakkan dagangan shortpada mana-mana instrumen yang ditawarkan oleh Amana Capital. Untuk membuat keuntungan, harga instrumen itu perlu jatuh.

Saiz Dagangan Minimum
Saiz dagangan minimum bergantung kepada jenis akaun.

 

Jenis Pesanan

  • Pesanan Beli
  • Pesanan Jual
  • Pesanan Tutup

Pesanan Menunggu

  • Renti Rugi
  • Renti Beli
  • Renti Jual
  • Pesanan Had
  • Had Beli
  • Had Jual

Ubahsuai Pesanan
Semua pesanan menunggu, selagi mereka telah belum dilaksanakan di pasaran, boleh dibatalkan atau diubah suai oleh pelabur. Pelabur mungkin mahu untuk melakukan ini kerana sebagai contoh analisis fundamental atau teknikalnya atau hanya kerana berita terkini dalam pasaran boleh mengubah pendapat beliau mengenai hala tuju pasaran. Pesanan menunggu
Renti Beli 
Pesanan Renti Beli adalah berguna apabila pelabur percaya cthnya dengan bantuan analisis teknikal atau fundamental jika pasaran mencecah paras harga tertentu yang terletak di atas paras semasa kemudian ia akan naik.
Dengan pesanan jenis ini pelabur letakkan renti beli untuk mata wang EURUSD pada 1.3680 (pada masa ini katakan dagangan berada pada 1.3610). Sebaik sahaja pasaran mencecah 1.3680 pesanan diaktifkan dan pelabur masuk long EURUSD.
Pelabur akan untung jika harga pasaran untuk EURUSD terus naik.

Contoh:
Katakan anda ingin beli 1 Lot EURUSD jika harga menunjukkan ia hendak naik. Menganggap EURUSD kini didagangkan pada 1.3780 dan anda percaya bahawa jika harga naik sehingga 1.3800 atau lebih tinggi ia akan teruskan momentum menaik. Anda letakkan Pesanan Beli Renti @ 1.3800 untuk EURUSD.

Katakan EURUSD kemudian terus dirdagangkan sehingga 1.3800. Pada masa itu, pesanan anda akan menjadi Pesanan Pasaran untuk membeli dan pesanan anda akan dipenuhi di pasaran.

Renti Jual
Pesanan Jual Stop adalah berguna apabila pelabur percaya contohnya dengan bantuan analisis teknikal atau fundamental bahawa jika pasaran mencecah paras harga tertentu yang terletak di bawah paras semasa kemudian ia akan turun.
Dengan pesanan jenis ini pelabur letakkan Jual Renti untuk EURUSD pada 1.3580 (pada masa ini katakan dagangan pada 1.3610). Sebaik sahaja pasaran mencecah 1.3580 pesanan diaktifkan dan pelabur masuk EURUSD short.
Pelabur akan untung jika harga pasaran untuk EURUSD terus turun.
Contoh:
Andaikan anda hendak jual 1 Lot EURUSD dan anda bimbang jika harga jatuh beberapa dolar ia akan mencetuskan permulaan penurunan jauh lebih besar. Anggap EURUSD kini didagangkan pada 1.3780.
Anda buat pesanan Renti Jual @ 1.3750 untuk mata wang EURUSD. Katakan EURUSD kemudiannya terus didagangkan turun hingga 1.3750. Pada masa itu, pesanan anda akan menjadi Pesanan Pasar untuk jual dan pesanan anda akan dipenuhi pada harga pasaran.

Had Beli
Pesanan had beli adalah berguna apabila pelabur percaya contohnya dengan bantuan analisis teknikal atau fundamental jika pasaran mencecah paras harga tertentu yang terletak di bawah paras semasa kemudiannya ia akan naik.
Dengan pesanan jenis ini pelabur letakkan Had Beli untuk mata wang EURUSD pada 1.3580 (katakan pada masa ini dagangan di 1.3610). Sebaik sahaja pasaran mencecah 1.3580 pesanan diaktifkan dan pelabur masuk long EURUSD.
Pelabur akan untung jika harga pasaran untuk EURUSD terus naik.
Contoh: Katakan anda ingin Beli 1 Lot EURUSD, dan ia kini didagangkan pada 1.3780. Anda ingin beli EURUSD jika harga jatuh kepada 1.3750 atau kurang, kerana anda rasa harga semasa EURUSD 1.380 adalah sedikit ternilai lebih.
Anda meletakkan pesanan Had Beli @ 1.3750 untuk 1 Lot EURUSD. Sekarang katakan harga dagangan turun ke 1.3750 jadi pesanan anda nanti akan dibeli pada harga pasaran.

Had Jual
Pesanan Jual Limit adalah berguna apabila pelabur percaya contohnya dengan bantuan analisis teknikal atau fundamental bahawa jika pasaran mencecah paras harga tertentu yang terletak di atas paras semasa kemudian ia akan turun.
Dengan pesanan jenis ini pelabur letakkan Had Jual untuk EURUSD pada 1.3680 (pada masa ini katakan dagangan pada 1.3610). Sebaik sahaja pasaran mencecah 1.3680 pesanan diaktifkan dan pelabur masuk EURUSD short.
Pelabur akan untung jika harga pasaran untuk EURUSD turun semula.
Contoh:
Katakan anda ingin Jual 1 Lot EURUSD, dan ia kini didagangkan pada 1.3780. Anda ingin jual EURUSD dan ambil untung anda sekiranya harga EURUSD mencecah 1.3800, kerana anda rasakan harga EURUSD tidak akan pergi jauh lebih tinggi daripada 1.3800.
Anda membuat pesanan Had Jual @ 1.3800 untuk mata wang EURUSD. Sekarang katakan harga dagangan naik ke 1.3800 jadi pesanan anda nanti akan djual pada harga pasaran.

Renti Rugi (SL)
Renti Rugi digunakan untuk meminimumkan kerugian jika harga instrumen dasar tersebut telah mula bergerak dalam arah yang tidak menguntungkan. Jika harga sekuriti sampai ke paras ini, posisi akan ditutup secara automatik. Pesana Renti Rugi hanya dapat dilaksanakan untuk kedudukan terbuka tetapi bukan untuk pesanan dagangan menunggu.
Ambil Untung (TP)
Pesanan Ambil Untung bertujuan untuk mendapat keuntungan apabila harga sekuriti telah mencapai paras tertentu. Pelaksanaan pesanan ini mengakibatkan penutupan kedudukan. Ambil Untung hanya boleh dilaksanakan untuk kedudukan terbuka tetapi bukan untuk pesanan menunggu.

Pesanan Renti Mengekor
Pesanan Renti Mengekor adalah satu lagi jenis lain bagi Pesanan Renti Rugi Menunggu. Renti Rugi adalah bertujuan untuk mengurangkan kerugian di mana harga simbol bergerak dalam arah yang tidak menguntungkan. Jika kedudukan menjadi menguntungkan ianya menguntungkan bagi pelanggan untuk mengalihkan (atau sentiasa mengubah-ubah) Renti Rugi ke paras balik pokok. Proses ini boleh diautomasikan dalam MT4 – automasi ini dikenali sebagai Renti Mengekor atau Trailing Stop. Alat ini adalah sangat berguna apabila harga berubah sangat kuat dalam arah yang sama atau apabila ianya adalah mustahil untuk memerhati pasaran secara berterusan atas apa-apa sebab.
Untuk menetapkan renti mengekor, anda perlu membuka kedudukan. Pelanggan perlu pilih nilai yang wajar di antara Paras Renti Rugi dan harga semasa di dalam senarai kedudukan yang dibuka. Hanya satu renti mengekor boleh ditetapkan untuk setiap kedudukan terbuka.
Selepas tindakan di atas telah dilaksanakan, pada kemasukan sebut harga yang baru, sistem akan secara automatik memeriksa sama ada kedudukan terbuka adalah menguntungkan. Sebaik sahaja keuntungan dalam mata atau poin menjadi sama atau lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan, arahan untuk meletakkan pesanan renti rugi akan diberikan secara automatik. Paras pesanan diletakkan pada jarak tertentu dari harga semasa. Di samping itu, jika harga berubah ke arah yang lebih menguntungkan, renti mengekor akan membuat paras Renti Rugi secara automatik mengikuti harga, tetapi jika keuntungan kedudukan jatuh, pesanan itu tidak akan diubah suai lagi. Oleh itu, keuntungan kedudukan dagangan ditetapkan secara automatik.

Strategi Dagangan

Spekulasi

Berdagang mengikut pandangan anda sendiri dan dapat manfaat daripada kenaikan dan kejatuhan pasaran.

Arbitraj

Berdagang atas perbezaan harga di antara dua atau lebih instrumen untuk membuat keuntungan bebas risiko.

Lindung nilai

– Mengurangkan pendedahan risiko portfolio saham anda dengan mengambil kedudukan short CFD> – Kefleksibilitian digabungkan dengan keupayaan untuk berdagang dengan nilai sekecil satu saham membolehkan lindung nilai portfolio saham sedia ada anda dengan cara yang tepat dan kos berkesan – Kerugian dalam portfolio fizikal anda dapat diimbangi dengan keuntungan CFD untuk tujuan cukai dan sebaliknya.

Dagangan Sektor

-Membolehkan anda mengambil gambaran keseluruhan pada sekumpulan saham tanpa perlu dagangkan setiap saham secara individu. Cth: Sektor Kewangan, sektor Tenaga atau sektor Telekomunikasi.
– Buangkan pendedahan pelbagai sektor apabila berdagang indeks. Cth: Long UK100, short Bank UK
– Lindung nilai kumpulan kedudukan saham sedia ada dengan satu dagangan yang mudah. Cth: Long Vodafone, MM02 dan Cable & Wireless, short UK Telecoms.

Teknikal berbanding Fundamental?

  • Data fundamental adalah subjektif, penunjuk ketinggalan yang tertakluk kepada semakan semula
  • Pendahulu harga mengetahui fundamental secara beransur-ansur mendiskaunkan/memfaktorkan masuk data ekonomi. Beli khabar angin, jual fakta
  • Trend kuat biasanya akan mengatasi data ekonomi
  • Peletakkan pasaran
  • Sentimen sebagai penunjuk bertentangan
  • Bagaimana mengukur penanda keterlaluan tamak dan takut
  • Pendekatan yang bercampur-campur atau hibrid

Jenis-jenis Carta Asas

Carta Bar

Menentukan TREND MENAIK dan TREND MENURUN

TREND MENAIK adalah turutan tinggi dari lebih tinggi dan lebih tinggi dari balikan rendah. Dasar menaik (rendah lebih tinggi) adalah bahagian yang penting untuk diikuti dalam trend menaik.

Aliran MENURUN adalah turutan rendah dari lebih rendah baru dan tinggi lebih rendah. Tertinggi yang lebih rendah (menurun) adalah bahagian penting untuk diikuti dalam trend menurun.

Trend lebih mudah dikesan dan mempunyai tempoh masa yang lebih lama daripada kebanyakan pembetulan (corrections). Oleh itu, nisbah risiko/ganjaran dan kemungkinan menyebelahi membeli harga rendah dalam trend menaik dan menjual semasa harga sedang menaik dalam trend menurun.

Trend, Garis Trend & Pembetulan (Corrections)

Garis trend terbentuk apabila sekurang-kurangnya 3 puncak atau jurang boleh digabungkan, mewakili kadar seragam penurunan/kenaikan berbanding masa.

langgaran garis trend tidak semestinya bermakna sebagaimananya ia dianggap, perubahan dalam trend

Keertian langgaran garis trend bergantung kepada tempoh trend, bilangan titik yang tersentuh, pic bagi trend dan corak carta semasa

Alur terbentuk apabila puncak dan jurang kedua-dua membentuk kadar seragam penurunan menaik

Sokongan dan Rintangan

Bagaimana kita menentukan sokongan dan rintangan?

  • Puncak dan jurang dalam trend menaik/trend menurun
  • Kelompok harga aktiviti terdahulu
  • Puncak dan Dasar Utama
  • Garis trend dan Alur
  • Paras psikologi
  • Paras fibonacci

Lain-lain Jenis Carta

SMA (purata bergerak mudah)

Purata bergerak mudah dikira dengan menambah harga sekuriti untuk tempoh masa “n” terbaru dan kemudian membahagikannya dengan “n”. Untuk menggambarkannya, menambah harga penutupan sekuriti untuk 15 hari terbaru dan kemudian membahagikannya 15 akan menghasilkan purata bergerak 15 hari. Pada carta, pengiraan ini dibuat untuk setiap tempoh dalam carta.

EMA (purata bergerak eksponen)

Purata bergerak eksponen berbeza sedikit daripada purata bergerak mudah kerana ia memberi tambahan wajaran kepada data harga lebih terkini. Ini membolehkan pelabur mengesan dan bertindak lebih pantas terhadap trend harga terkini yang mungkin mengambil lebih masa untuk muncul pada satu SMA. Formula untuk EMA adalah: EMA = harga hari ini * K + EMA semalam * (1-K) di mana K = 2 / (N + 1).

 

Jalur Bollinger

Jalur Bollinger adalah sejenis sampul yang diplotkan pada paras sisihan piawai di atas dan ke bawah purata bergerak. Kerana sisihan piawai merupakan ukuran untuk ketaktentuan, jalur akan melaras diri — melebar ketika pasaran tidak menentu dan menguncup semasa tempoh tenang.

Momentum

Ia juga mungkin berguna dalam mengenalpasti keadaan terlebih beli dan terlebih jual apabila Momentum menjadi amat kuat atau lemah.

MACD (penumpuan / pencapahan purata bergerak)

MACD adalah penunjuk momentum mengikut-trend yang menunjukkan hubungan antara dua purata bergerak harga. MACD dilambangkan sebagai perbezaan di antara dua purata bergerak eksponen. EMA yang kedua, disebut sebagai garis “isyarat” (atau “pencetus”), diplotkan di atas MACD untuk menunjukkan peluang beli/jual.

RSI (penunjuk kekuatan relatif)

RSI juga boleh membantu mengenal pasti titik perubahan apabila terdapat bukan-pengesahan atau pencapahan. Sebagai contoh, tinggi baru dalam harga tanpa tinggi baru dalam RSI mungkin menandakan pecah keluar (breakout) yang palsu. RSI juga digunakan untuk mengenal pasti keadaan terlebih beli (overbought) dan terlebih jual (oversold) apabila nilai RSI mencapai tinggi atau rendah yang melampau. Penunjuk ini secara automatik mengubah warna dalam plot RSI apabila ia melebihi mana-mana paras yang dinyatakan dalam input ZonBeli (BuyZone) dan ZonBeli (SellZone). Garis melintang rujukan juga diplotkan pada paras ini sebagai bantuan visual.

Stochastic Cepat

Stochastic boleh membantu mengenal titik perubahan apabila terdapat bukan-pengesahan atau perbezaan. Sebagai contoh, tinggi baru dalam harga tanpa tinggi baru dalam Stochastic mungkin menandakan pecah keluar (breakout) yang palsu. Stochastic juga digunakan untuk mengenal pasti keadaan terlebih beli (overbought) dan terlebih jual (oversold) apabila Stochastic mencapai tinggi atau rendah yang melampau.

 

Stochastic Perlahan

Stochastic Cepat akan memberi isyarat yang lebih banyak daripada yang Stochastic Perlahan, walaupun beberapa penganalisis lebih suka kepada Stochastic Perlahan, mempercayai ianya kurang terdedah kepada libasan gergaji (whipsaws).

 

dagangan mata wang atas talian

Apa itu Margin – Leveraj?

Semua produk yang ditawarkan oleh Amana Capital diniagakan pada (leveraj) margin. Leveraj secara efektif membolehkan pelanggan untuk berdagang amaun nosional yang jauh lebih besar daripada deposit tunai permulaan mereka. Ini membenarkan pelanggan untuk mengeksploitasi peluang-peluang pelaburan tanpa perlu deposit amaun penuh modal seperti yang perlu dilakukan di pasaran wang tunai untuk mengambil kedudukan dengan saiz yang sama.Jelas sekali, leveraj dan margin adalah kedua-dua sisi pada duit syiling. Kedudukan forex pada 1% margin bermaksud pelabur hanya perlu deposit 1% daripada jumlah kos pembelian urus niaga itu untuk membuka posisi itu.

Contoh

Pelabur membeli kontrak 5 EURUSD (5 Lot long EUR) pada $1.3675 (kedudukan 500,000 EUR atau USD 683,750), tetapi hanya deposit 1% atau EUR 5,000 untuk transaksi ini. Ini menarik orang yang tidak mahu memegang kedudukan tersebut untuk jangka masa panjang, dan disediakan oleh leveraj apabila berdagang. Dalam hal ini pelanggan hanya membayar EUR5,000, jika EUR naik 50 bps keesokan harinya, dan mereka jual, mereka akan dapat keuntungan USD 2,500 (EUR 1,821) dengan pelaburan EUR 5,000 atau pulangan 36.5% (ditolak sebarang kemungkinan kos bawa ke depan). Jika mereka adalah pembeli tunai EURUSD bagi EUR 5,000 mereka akan dapat USD 25 (EUR 18.21) atau 0.365% pulangan. Margin 1% menyediakan leveraj dagangan 100 kali ganda deposit awal atau 1.100.

CUBA AKAUN DEMO

Margin Awal

Margin Awal adalah deposit permulaan yang diperlukan untuk membuka posisi instrumen dengan kami sebaik sahaja anda membuka akaun anda. Margin pembukaan akaun minimum bergantung kepada jenis akaun – Saiz Akaun Minimum.

Margin Variasi

Margin Variasi adalah perbezaan dalam keperluan margin apabila pelabur telah membuka posisi, dan memberikan keuntungan dan kerugian dagangan.

Keperluan Margin

Keperluan margin lalai yang ditawarkan oleh Amana Capital bagi semua produk adalah 1:500.

Panggilan Margin dan Pembubaran

Jika pasaran tidak menyebelahi kedudukan pelabur dan baki ekuiti jatuh di bawah keperluan Margin Awal pelanggan mempunyai pilihan untuk:

Tutup satu atau lebih daripada kedudukan terbuka, untuk mengurangkan keperluan Margin Awal ke tahap yang dikehendaki;
Letakkan pesanan “renti rugi” dengan kami untuk cuba dan mengelakkan baki defisit pada akaun anda; dan/atau, 
Hantar dana tambahan ke akaun sebagai deposit untuk mengekalkan keperluan Margin Awal.

Pelabur mesti mengekalkan margin seperti yang disenaraikan dalam akaun pada setiap masa. Jika dana di dalam akaun jatuh di bawah margin ini, pelabur akan tertakluk kepada panggilan margin untuk sama ada mendepositkan lebih banyak dana untuk menampung kedudukan atau menutup kedudukan.

Pelabur perlu memantau akaun mereka kerana jika dana tersebut jatuh di bawah margin sistem akan secara automatik tutup/mencairkan kedudukan.

Baki Ekuiti

Ekuiti (atau baki) pada akaun anda akan berubah-ubah mengikut wang pelabur yang disimpan dalam akaun.

Pada hari dagangan baki akaun pelabur, termasuk semua kedudukan terbuka, dinilai terhadap bidaan pasaran semasa atau kadar tawaran (bergantung jika kedudukan long atau short). Oleh itu baki ekuiti dikira dalam masa nyata dan selaras dengan pergerakan pasaran.

Baki ekuiti digunakan untuk menilai margin tersedia pelabur terhadap kedudukan semasa, dan kedudukan baru berpotensi yang pelabur ingin ambil. Baki digunakan untuk menetapkan jika terdapat keperluan untuk depositkan margin tambahan pada akaun itu.

Setelah kedudukan dibuka keperluan Margin Awal dan Margin Variasi perlu sentiasa dikekalkan untuk kedudukan terbuka. Adalah menjadi tanggungjawab pelabur untuk memastikan akaun bermargin secukupnya pada setiap masa, terutama ketika tempoh dagangan turun naik.

Definisi/Pengiraan

Baki Tunai = Baki 
Ini adalah pelaburan awal yang dimasukkan ke dalam akaun. Mana-mana Deposit yang berikutnya akan ditunjukkan dalam Baki. 
Ekuiti 
Ekuiti = Baki + U/R Dagangan (terapung) – (komisen belum direalisasikan) 
Margin 
Margin = Ekuiti – Margin Bebas 
Margin Bebas 
Margin Bebas = Ekuiti – Margin 
Tahap Margin 
Tahap Margin = Ekuiti / Margin 
Tersedia untuk Pengeluaran 
Tersediakan untuk Pengeluaran = Margin Bebas – Kredit 
Ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja kerana Amana Capital tidak memberi kredit. 
Tersedia untuk Dagangan 
Tersedia Untuk Dagangan = Margin Bebas
broker forex atas talian

Pasaran Mata Wang

Ketahui semua butiran yang anda perlu tahu tentang Pasaran Mata Wang

Jadual: Nilai Pip Penunjuk Mata Wang

CUBA AKAUN DEMO

  Nilai Pip Penunjuk Mata Wang
  Instrumen   Saiz Kontrak   Margin (1:100)   Pip   Nilai Pip   Lani
 EURUSD  EUR 100,000  EUR 1,000  0.0001  $10  1.4405
 GBPUSD  GBP 100,000  GBP 1,000  0.0001  $10  1.5980
 USDJPY  USD 100,000  USD 1,000  0.01  $10.92  91.50
 USDCHF  USD 100,000  USD 1,000  0.0001  $9.67  1.0335
 USDCAD  USD 100,000  USD 1,000  0.0001  $9.56  1.0460
 AUDUSD  AUD 100,000  AUD 1,000  0.0001  $10  0.8880
 NZDUSD  NZD 100,000  NZD 1,000  0.0001  $10  0.7095
 EURAUD  EUR 100,000  EUR 1,000  0.0001  $8.90  1.6215
 EURCAD  EUR 100,000  EUR 1,000  0.0001  $9.56  1.5065
 EURCHF  EUR 100,000  EUR 1,000  0.0001  $9.67  1.4885
 EURGBP  EUR 100,000  EUR 1,000  0.0001  $15.85  0.9011
 EURGPY  EUR 100,000  EUR 1,000  0.01  $10.93  131.80
 GBPAUD  GBP 100,000  GBP 1,000  0.0001  $8.90  1.7990
 GBPCAD  GBP 100,000  GBP 1,000  0.0001  $9.56  1.6715
 GBPCFH  GBP 100,000  GBP 1,000  0.0001  $9.67  1.6510
 GBPGPY  GBP 100,000  GBP 1,000  0.01  $10.93  146.20
 AUDCAD  AUD 100,000  AUD 1,000  0.0001  $9.56  0.9280
 CHFJPY  CHF 100,000  CHF 1,000  0.01  $10.92  88.55
 AUDCHF  AUD 100,000  AUD 1,000  0.0001  $9.67  0.9170

Contoh: Pengiraan Nilai Pip Mata Wang

USD Mata Wang Setentang
Nilai pip di mana USD adalah mata wang setenang atau mata wang kedua dengan mudah dapat dikira apabila disebut berbanding mata wang dengan empat perpuluhan.

Dengan margin EUR 1,000 leveraj 1:100 dan saiz 1 lot nilai pip adalah bersamaan dengan $10

Contoh 1: Kontrak 1 Lot

Margin: EUR 1,000 Leveraj: Kedudukan 1:100: EUR 100,000
Kadar tukaran EURUSD = 1.4405. Saiz 1 Lot adalah 100,000 EUR atau USD 144,050
Kadar tukaran EURUSD=1.4406. Saiz 1 Lot adalah EUR 100,000 atau 144,060 USD nilai $10

Contoh 2: Kontrak 1 Lot

Margin: EUR 1,000 Leveraj: Kedudukan 1:50: EUR 50,000
Kadar tukaran EURUSD=1.4405. Saiz 1 Lot adalah 100,000 EUR atau USD 72,025
Kadar tukaran EURUSD=1.4406. Saiz 1 Lot adalah EUR 100,000 atau USD 72,030 nilai $5

Contoh 3: Kontrak 10 Lot

Margin: EUR 10,000 Leveraj: Kedudukan 1:50: EUR 500,000
Kadar tukaran EURUSD=1.4405. Saiz 1 Lot adalah 100,000 EUR atau USD 720,250
Kadar tukaran EURUSD=1.4406. Saiz 1 Lot adalah EUR 100,000 atau 720,300 USD nilai $50

 

USD Mata Wang Dasar

Nilai pip dikira seperti berikut:
($100,000 * Lot * 0.0001) / Mata Wang Setentang = nilai pip dalam $

Contoh 1: Kontrak 1 Lot

Margin: USD 1,000 Leveraj: Kedudukan 1:100: CAD 104,600
Kadar tukaran USDCAD=1.0460. Saiz 1 Lot adalah USD 100,000 atau USD 104,600
Kadar tukaran USDCAD=1.0461. Saiz 1 Lot adalah USD 100,000 atau USD 104,610
($100,000 * 1 * 0.0001) / 1.04600 = $9.56

Contoh 2: Kontrak 1 Lot

Margin: USD 1,000 Leveraj: Kedudukan 1:50: JPY 4,575,000
Kadar tukaran USDJPY=91.50. Saiz 1 Lot adalah USD 50.000 atau JPY 4,575,000
Kadar tukaran USDJPY=91.51. Saiz 1 Lot adalah USD 50.000 atau JPY 4,575,500
($50,000 * 1 * 0.01) / 91.50 = $5.4655

CUBA AKAUN DEMO

Mata Wang Silang (USD bukan mata wang dasar atau setentang)

Nilai pip dikira seperti berikut:
(Mata wang dasar 100,000 lot * 0.0001)/mata wang setentang = nilai pip dalam $
0.01 menjadi 0.01 apabila mata wang setentang atau kedua adalah JPY
Apabila mata wang kedua juga adalah mata wang kedua berbanding USD maka kita bahagikan dengan harga mata wang kedua berbanding USD(contoh 2)

Contoh 1: Kontrak 1 Lot

Margin: EUR 1.000 Leveraj: Kedudukan 1:100: 148.850 CHF
Kadar tukaran EURCHF=1.4885 1 Lot adalah EUR 100.000 atau CHF 148.850
Kadar tukaran EURCHF=1.4886 1 Lot adalah EUR 100.000 atau CHF 148.860
(EUR 100,000 * 1 * 0.0001)/1.0335 = $9.6786

Contoh 2: kontrak 1 Lot

Margin: GBP 1,000 Leveraj: 1:100 kedudukan JPY 14,620.000
Kadar tukaran GBP JPY = 146.20 saiz 1 Lot adalah GBP 100,000 atau JPY 14,620,000
Kadar tukaran GBP JPY = 146.21 saiz 1 Lot adalah GBP 100,000 atau JPY 14,621,000
(EUR 100,000 * 1 * 0.01)/91.50 = $10.9290

Mata wang Silang (USD bukan mata wang dasar atau setentang)

Nilai pip dikira seperti berikut:
(mata wang dasar 100,000*Lot* 0.0001) * mata wang setentang atau kedua = nilai pip dalam $
Apabila mata wang kedua adalah mata wang dasar maka kita darabkan dengan harga mata wang dasar berbanding USD

Contoh 1: Kontrak 1 Lot

Margin: EUR 1.000 Leveraj: Kedudukan 1:100: GBP 90.110
Kadar tukaran EURGBP = 0.9011 saiz 1 Lot adalah EUR 100.000 atau GBP 90.110
Kadar tukaran EURGBP = 0.9012 saiz 1 Lot adalah EUR 100.000 atau GBP 90.120

(EUR 100,000 * 1 * 0.0001) * 1.5980 = $ 15.98

dagangan forex atas talian

Adakah anda baru dalam berdagang? Mari kami bantu anda!

Kami menawarkan perpustakaan maklumat kewangan yang akan mengajar anda segala-galanya yang anda perlu tahu tentang perdagangan mata wang.

Persembahan Mata Wang

Pasaran Tukaran Asing “FOREX” merupakan pasaran kewangan yang terbesar di dunia. Tidak seperti kebanyakan pasaran, pasaran Forex dibuka 24 jam sehari dan mempunyai perolehan anggaran $4 trilion lebih setiap hari. Perolehan luar biasa ini adalah berkali ganda daripada gabungan perolehan pasaran saham utama dunia pada mana-mana hari yang tertentu. Ini cenderung untuk membawa kepada pasaran yang sangat cair dan sekali gus pasaran yang wajar untuk berdagang.

Tidak seperti kebanyakan lain-lain sekuriti (apa-apa instrumen kewangan yang boleh didagangkan), pasaran Forex mempunyai bursa yang tetap. Itulah sebabnya mengapa tukaran mata wang asing dikenali sebagai perdagangan Over-the-Counter (OTC). Ia terutamanya didagangkan melalui bank-bank, broker, pedagang, institusi kewangan dan individu secara peribadi.

Dagangan dalam Forex secara tradisinya dilaksanakan melalui telefon. Bagaimanapun, dengan bantuan teknologi dan web, perdagangan Forex dilaksanakan melalui Internet semakin bertambah terutamanya menggunakan platform dagangan maju.

CUBA AKAUN DEMO

Walaupun pasaran tukaran asing adalah pasaran dagangan yang terbesar di dunia, jangkauan kepada sektor runcit adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pasaran ekuiti dan pendapatan tetap. Sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kekurangan kesedaran mengenai Forex dikalangan komuniti pelabur, dan juga kekurangan pemahaman tentang bagaimana dan mengapa mata wang bergerak. Menambah kepada keajaiban pasaran ini adalah tiadanya bursa pusat fizikal.

Secara tradisinya, akses kepada pasaran FX adalah terhad kepada komuniti bank yang besar mendagangkan blok mata wang untuk tujuan komersial, lindung nilai atau spekulasi. Hanya dalam beberapa tahun lepas yang mana pelabur kecil telah dapat menembusi pasaran ini. Sebelum ini jumlah deposit yang besar diperlukan menjadi penghalang pelabur kecil. Dengan kedatangan Internet dan persaingan yang semakin meningkat ianya semakin mudah dicapai kebanyakan pelabur.

Apa itu Tukaran Asing?

Tukaran Asing (Forex) adalah belian satu mata wang dan jualan satu lagi secara serentak. Mata wang didagangkan secara berpasangan, misalnya – Euro/Dollar AS (EUR/USD). Kontrak-kontrak tukaran mata wang asing yang ditawarkan oleh Amana Capital juga dikenali sebagai Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada Forex.

Untuk pedagang dan pelabur aktif, Forex tidaklah berbeza daripada produk pelaburan yang lain seperti ekuiti, komoditi atau pendapatan tetap. Sama seperti pelaburan alternatif lain, Forex menawarkan pelabur dalam pasaran di mana mereka boleh membeli atau menjual sesuatu produk pelaburan.

Kombinasi mata wang yang berbeza mewakili tidak lebih daripada nilai satu mata wang berbanding nilai lain. Hubungan yang diwakili oleh satu harga. Dalam tukaran asing, harga sepasang mata wang adalah kehendak pasaran (ketika itu) nilai mata wang tersebut diukur berbanding mata wang lain mengikut keadaan semasa dan jangkaan ekonomi dan situasi politik di kedua-dua ekonomi.

Spread
Spread adalah perbezaan antara harga jual (bida) dan harga beli (tawaran).

Contoh Dagangan Forex ?

Dagangan forex lani merupakan tukaran terus (atau jelas) dengan satu mata wang yang lain. Kadar lani ialah kadar pasaran semasa atau kadar tunai.

Seperti kebanyakan pasaran kewangan terdapat harga beli dan jual yang juga dikenali sebagai harga bida dan harga tawaran.

Broker dikehendaki untuk menyebut secara serentak kepada pelabur harga di mana beliau sedia untuk membeli (bida) dan harga di mana beliau adalah sedia untuk menjual (tawaran). Perbezaan antara kedua-dua adalah “spread” dan merupakan keuntungan kepada broker. Spread sebut harga Amana Capital kepada para pelabur adalah sangat kompetitif.

Jika anda berpendapat bahawa nilai satu mata wang akan menaik terhadap yang lain anda boleh beli mata wang itu dengan menjual yang lagi satu.

Contoh: USD/CHF = 1.0530/1.0534
Anda boleh BELI DOLLAR dan JUAL SWISS FRANC pada harga tawaran – 1.0534
atau
Anda boleh JUAL DOLLAR dan BELI SWISS FRANC pada harga bida – 1.0530
Siapa berdagang Forex?
Bank-Bank
Dana Aset
Dana Lindung Nilai
Spekulator
Pelabur runcit
Individu Bernilai Tinggi
Syarikat & perniagaan kecil
Manfaat perdagangan mata wang?
Dagangan Forex, juga dikenali sebagai Kontrak untuk Perbezaan (CFD) adalah kedudukan yang berleveraj. Oleh itu mengikut definisi, laba atau kerugian yang dihasilkan oleh kedudukan CFD adalah gandaan berbanding apa yang sepatutnya dijana oleh kedudukan tunai dengan nilai nosional yang sama.

Populariti Dagangan CFD telah berkembang dengan ketara di seluruh dunia beberapa tahun kebelakangan ini, sebab-sebab ini berlaku boleh dirumuskan sebagai:

Dagangan Mudah
Spread bida/tawaran sangat kecil
Kos transaksi yang rendah
Kontrak-kontrak yang disesuaikan
Pendedahan berleveraj kepada pasaran
Kelebihan cukai di sesetengah bidang kuasa
Tiada penghantaran fizikal
Tiada tempoh masa ditetapkan
Semua kelebihan di atas wujud bagi instrumen CFD lain yang ditawarkan oleh Amana Capital seperti pasaran Emas dan Perak Lani, Kontrak Hadapan Minyak Mentah dan Gas Asli dan Kontrak Hadapan Indeks dan Mata Wang.

Masuk kedudukan panjang/singkat
Masuk kedudukan panjang
Masuk kedudukan panjang akan membolehkan anda untuk mendapatkan keuntungan ketika pasaran menaik.
Jika harga semasa untuk EURUSD adalah 1.3780/1.3785 dan anda fikir EUR akan menaik berbanding USD anda belinya pada 1.3785.
Jika anda letakkan kedudukan naik (long) untuk 1 lot, untuk setiap mata EURUSD bergerak di atas 1.3785 anda dapat $10 (dengan anggapan leveraj 1:100).
Bagi setiap mata pasaran jatuh di bawah 1.3785 anda kerugian $10.
Masuk Short
Masuk Short membolehkan anda untuk mendapat keuntungan walaupun semasa pasaran jatuh.
Anda mempunyai pandangan yang GBP berbanding USD (GBPUSD) akan turun.
Sebut harga adalah 1.5780/1.5785. Anda membuat keputusan untuk mengambil kedudukan (singkat) pada GBPUSD 1.5780.
Untuk menutup kedudukan singkat anda untuk GBP berbanding USD anda beli GBPUSD balik katakan pada 1.5760 (1.5755/1.5760) maka keuntungan anda adalah 20 pips x 10 = $200. Contoh menganggap anda jual 1 lot GBPUSD pada leveraj 1.100.
Jika GBP berbanding USD telah menaik kepada 1.5790 anda akan kerugian $100.

dagangan fx