Dagangan Forex | Pasaran Forex |

Mengapa MT4 XM Lebih Baik?

Amana Capital mempelopori tawaran platform MT4 dengan kualiti pelaksanaan dagangan. Berdagang MT4 dengan Tanpa Sebut Semula-Harga, Tanpa Penolakan dengan julat leverage fleksibel dari 1:1 – hingga 500:1.

Ciri-ciri MT4 XM
Lebih 300 Instrumen Termasuk Forex, CFD dan Niaga Hadapan
Akses Log masuk pada 8 Platform
Spreads serendah 0 pip
Fungsi EA (Expert Advisor)
Dagangan 1 Klik
Peralatan Analisis Teknikal dengan 50 penunjuk serta carta
3 Jenis Carta
Akaun Lot Micro (Pilihan)
Perlindungan nilai dibenarkan
Fungsi VPS

CUBA AKAUN DEMO

Ciri-ciri Utama MT4

Menggunakan Expert Advisors, terbina dalam penunjuk khusus
Dagangan 1 Klik
Lengkapkan analisis teknikal dengan 50 peralatan penunjuk serta carta
Panduan untuk MetaTrader4 dan Metaquotes Language 4
Menguruskan pelbagai perintah
Cipta pelbagai penunjuk khusus dan waktu
Pengurusan sejarah pangkalan data, dan sejarah data import/eksport

Mengenai Metatrader (MT4)

MetaTrader 4, atau MT4, adalah platform dagangan elektronik untuk pertukaran mata wang asing, yang dibangunkan oleh syarikat perisian dari Rusia iaitu MetaQuotes Software Corp, yang kini memberikan lesen perisian MT4 melebihi 500 broker dan bank di seluruh dunia. Dikeluarkan pada tahun 2005, Perisian dagangan MT4 menjadi popular di kalangan peniaga forex kerana ciri-cirinya yang mesra pengguna serta kemudahan dagangan automatik yang membolehkan pengguna mencipta skrip dan robot dagangan (yang dikenali sebagai expert advisor). Bagi kebanyakan peniaga atau pelabur atas talian sama ada yang berdagang forex atau CFD (Contracts for Difference pada pelbagai instrumen kewangan), MetaTrader 4, adalah pilihan yang bijak.

Selain dianggap sebagai platform dagangan popular atas talian untuk memasuki pasaran global MT4, ia juga terkenal sebagai perisian terbaik dalam dagangan pertukaran asing yang (dibangunkan khas untuk peniaga individu atas talian). Platform dagangan atas talian (atau elektronik) adalah program perisian berasaskan komputer yang digunakan untuk menempatkan perintah dagangan bagi pelbagai instrumen dagangan menerusi rangkaian dengan institusi kewangan (seperti syarikat broker) yang beroperasi sebagai perantara kewangan (iaitu kemudahan transaksi atas talian antara pembeli dan penjual dengan melaksanakan dagangan). Pelabur atas talian boleh berniaga pada harga pasaran secara langsung yang dikemas kini oleh platform dagangan, di samping meningkatkan potensi keuntungan dengan peralatan dagangan tambahan yang disediakan oleh platform seperti pengurusan akaun dagangan, liputan berita langsung, pakej carta serta robot dagangan, yang dikenali sebagai expert advisor.

Dibandingkan dengan platform dagangan atas talian yang digunakan untuk dagangan siri instrumen kewangan seperti mata wang, ekuiti, bond, niaga hadapan dan pilihan, versi perisian pertama adalah bersesuaian dengan pertukaran saham. Sehinggalah pada tahun 1970, transaksi kewangan antara broker dan pihak pelanggan masih diproses secara manual, dan peniaga tidak mempunyai keupayaan untuk mengakses pasaran kewangan global secara terus tetapi hanya melalui orang tengah. Pada masa kini platform dagangan elektronik telah mula digunakan dalam transaksi. Platform pertama ini telah digunakan secara rasmi untuk pertukaran saham dan dikenali sebagai sistem RFQ (request for quote), yang mana pelanggan dan broker menempatkan perintah yang akan disahkan kemudian. Semenjak tahun 1970, platform e-dagang yang tidak menyediakan harga streaming langsung telah diganti oleh perisian yang dibangunkan dengan perintah pelaksanaan segera, berserta harga liputan langsung dan antara muka pelanggan yang lebih menarik.

Bagaimana MT4 Dibangunkan

Generasi pertama platform dagangan pertukaran mata wang asing (forex) berasaskan internet telah dibangunkan pada tahun 1996, menjadikan pertukaran mata wang asing membangun dan berkembang dalam pasaran. Hasilnya, laman berasaskan pertukaran mata wang asing runcit membolehkan pelanggan individu mengakses pasaran global dan berniaga mata wang melalui komputer mereka. Walaupun generasi pertama platform dagangan elektronik pada permulaannya adalah perisian yang boleh dimuat turun ke komputer dan masih kekurangan antara muka yang mesra pengguna, ciri-ciri baru ditambah secara beransur-ansur seperti analisis teknikal dan peralatan pencartaan di tambah, sekali gus menghasilkan atribut yang lebih menarik dan pilihan program yang digunakan sebagai platform berasaskan laman web dan peranti mudah alih (seperti telefon pintar, tablet) yang bersesuaian dengan peralatan automatik seperti robot dagangan.

Bersama-sama dengan pengenalan platform dagangan atas talian, segmen yang berkembang pesat pada pasaran pertukaran mata wang asing turut muncul, yang mana melibatkan individu yang boleh mengakses pasaran global dan berniaga atas talian melalui broker dan bank: peruncit forex. Segmen pasaran membolehkan pelabur kecil mengakses pasaran dan berniaga dalam jumlah yang kecil. Permintaan untuk platform dagangan yang lebih canggih kian meningkat, khususnya dagangan runcit forex, dan keperluan perkembangan bagi individu untuk berniaga dalam pasaran global. Dikeluarkan pada tahun 2005, platform dagangan atas talian MetaTrader 4 adalah perisian yang memungkinkan sejumlah besar peniaga forex membuat spekulasi dan melabur dalam pertukaran mata wang dan lain-lain instrumen kewangan di seluruh dunia.

Penggunaan Metatrader (MT4)

Pada masa kini, lebih setengah juta peniaga runcit menggunakan platform MT4 dalam dagangan harian mereka, dengan memperoleh faedah pada ciri-ciri yang memudahkan peniaga membuat keputusan dalam dagangan automatik, dagangan mudah alih, dagangan satu-klik, mengakses suapan berita, terbina dalam penunjuk khusus, kebolehan untuk menangani pelbagai perintah, pengesanan penunjuk dan lain-lain. Sesuai untuk peniaga baru dan peniaga yang berpengalaman dengan kemahiran dan amalan pelaburan yang serba boleh, MT4 hari ini dianggap sebagai perisian dagangan terbaik di seluruh dunia.

Dagangan Automatik dan MT4

Dagangan automatik terkenal di kalangan pelabur atas talian sebagai peralatan berguna untuk memproses perintah dagangan secara automatik dengan pantas dan berdasarkan peraturan dagangan yang ditetapkan (seperti kemasukan dan keluaran) yang ditetapkan oleh peniaga menggunakan bahasa pemprograman MQL MetaTrader4. Juga dikenali dengan nama sistem dagangan, dagangan automatik mempunyai satu lagi kelebihan: memandangkan ia menjalankan dagangan secara mekanikal dan berasaskan tetapan peniaga, ia tidak melibatkan faktor negatif daripada dagangan, yang sering mempengaruhi keputusan pelaburan negatif. Oleh itu ia mempunyai keupayaan untuk mengendalikan dagangan bagi pihak pelabur, serta proses analitikal yang terlibat dalam proses dagangan.

Teknologi canggih platform MT4 menyediakan dagangan automatik sebagai salah satu ciri-ciri, pelaksanaan perintah dagangan berturut-turut pada kelajuan yang mana adalah mustahil sekiranya dilakukan menerusi dagangan manual. Bagi kebanyakan pelabur ia menjimatkan masa pelaksanaan dagangan.

Uji kaji (iaitu ujian strategi dagangan pada tempoh tertentu) antara satu lagi kelebihan dagangan automatik yang menggunakan peraturan dagangan pada sejarah data pasaran dan memantau serta menilai keberkesanan idea dagangan pelabur. Dengan menggunakan ujian yang betul, peniaga boleh menilai dengan mudah dan merangka semula idea dagangan, yang boleh digunakan dalam amalan dagangan untuk hasil yang memuaskan. Selain berkesan, dagangan automatik juga adalah kaedah canggih untuk berniaga dalam pasaran, manakala bagi peniaga baru, adalah disarankan untuk bermula dengan saiz rendah sewaktu proses pembelajaran.

Selain itu, potensi kegagalan mekanikal juga memberi kesan kepada hasil dagangan yang dijalankan secara automatik, dan kebanyakan peniaga dengan sambungan internet yang lemah juga terpaksa memantau dagangan secara manual yang dikendalikan oleh dagangan automatik. Dalam usaha untuk mengelakkan sebarang faktor negatif seperti sambungan internet yang lemah, kegagalan komputer, atau litar pintas yang tidak dijangka, perkhidmatan sambungan percuma berasaskan gentian optik MT4 VPS (Virtual Private Server) XM memastikan operasi dagangan automatik dan expert advisor beroperasi pada setiap masa dengan membolehkan pelanggan untuk menyambung ke MT4 VPS serta menikmati dagangan dengan lancar.

Dagangan Automatik dan MQL

Dagangan automatik adalah salah satu ciri yang popular bagi MetaTrader4. Ia adalah rekod yang mana sejak tahun 2014, lebih 75% saham dagangan Amerika Syarikat. Termasuk NASDAQ dan New York Stock Exchange, telah dikendalikan menerusi perintah sistem dagangan automatik. Hakikat bahawa hari ini dagangan automatik pada perisian MT4 turut tersedia untuk peniaga runcit dan pelabur, membolehkan dagangan bukan sahaja saham malah juga pertukaran mata wang asing (forex), niaga hadapan dan pilihan. Platform MT4 menggunakan MQL4, bahasa skrip proprietary untuk melaksanakan strategi dagangan, yang membantu para peniaga membangunkan expert advisor mereka sendiri (iaitu robot dagangan), skrip dan penunjuk khusus, serta penguji dan mengoptimumkan EA mereka dengan penguji strategi MT4.

MQL4 merangkumi sebilangan besar fungsi yang membolehkan para peniaga menganalisis petikan yang diterima sebelum dan yang terkini, mengikuti perubahan harga menerusi penunjuk teknikal dan bukan sahaja mengurus bahkan terus mengawal perintah dagangan. Lebih 30 penunjuk teknikal khusus untuk kegunaan peniaga pada perisian MT4 boleh didapati dalam pelbagai instrumen dagangan selain forex, yang membantu pelabur mengenal pasti corak harga dinamik, trend pasaran dan menentukan kemasukan serta poin keluaran, selain mengendalikan isyarat dagangan.

Program dagangan yang tertulis dalam bahasa pemprograman MQL4 digunakan untuk pelbagai tujuan dan ciri-ciri kepada peniaga. Expert advisor, yang berhubung dengan carta tertentu, menyediakan maklumat berharga kepada pelabur atas talian mengenai kemungkinan dagangan serta boleh melaksanakan dagangan bagi pihak mereka, menghantar perintah secara terus ke pelayan dagangan. Dengan menggunakan MQL4, pelabur boleh menulis penunjuk khusus mereka sendiri dan menggunakannya sebagai tambahan pada terminal pelanggan MT4. MQL4 juga termasuk dalam skrip, tetapi tidak seperti expert advisor, ia tidak melaksanakan sebarang tindakan yang ditetapkan bagi pihak peniaga dan aktiviti dagangan tunggal tertentu.

Dagangan Mudah Alih dan MT4

MetaTrader4 telah direka dengan mengambil kira segala keperluan teknologi abad ke-21 dengan memastikannya berada dalam keadaan baik. Ini adalah antara sebab mengapa pilihan dagangan mudah alih MT4 popular di kalangan para pelabur untuk mengakses platform dagangan, selain dari sistem operasi Windows dan Mac yang berasaskan PC, secara terus dari telefon pintar dan tablet. Dagangan portfolio serta pelbagai pengurusan akaun dagangan dan/atau pemantauan secara langsung. Mempunyai keupayaan untuk menguruskan pelbagai akaun dagangan dari satu antara muka dan dari peranti mudah alih seperti telefon pintar, poket dan tablet PC memberikan para pelabur kelebihan dalam dagangan manakala keserasian perisian dengan sistem operasi IOS membolehkan pengguna Mac mengikuti perubahan pasaran 24 jam sehari dan menempatkan dagangan secara terus menerusi iPhone, iPad atau iPod Touch.

Dagangan mudah alih MT4 memudahkan para pelabur atas talian mengikuti perkembangan pasaran global, menempatkan perintah pelaksanaan dan menguruskan akaun mereka pada bila-bila masa di mana sahaja. Selain itu, dagangan mudah alih turut menyediakan pilihan analisis dan paparan grafik pada petikan bagi pengurusan akaun. Memandangkan pilihan dagangan mudah alih MT4 adalah sama seperti telefon pintar dan tablet untuk dagangan PC, pelabur atas talian boleh melaksanakan aktiviti dagangan mereka pada kelajuan serta peralatan dagangan yang sama untuk hasil yang memuaskan.