Kumpulan Amana Capital

MESEJ DARI CEO

Selamat datang ke Kumpulan Amana Capital.

 

Kami berasa sukacita untuk menawarkan perkhidmatan kami dan memudahkan pengalaman dagangan atas talian anda.
Matlamat utama kami masih menawarkan pengalaman dagangan yang mesra penguna dan untuk membiasakan para pedagang dengan konsep dagangan di pasaran Mata Wang Asing dengan menyebarkan ilmu dan kepakaran kami melalui semua cara yang mungkin. Sebagai contoh, kami membangunkan Souqelmal.com menjadi salah satu sumber maklumat dan analisis kewangan paling dipercayai di rantau ini.

Sepanjang beberapa tahun yang lepas, kami telah berusaha untuk menyampaikan piawaian tertinggi dagangan atas talian yang disesuaikan untuk keutamaan peniaga serantau kami. Pengalaman kami dalam pasaran kewangan dan pandangan yang rapat dengan perubahan ekonomi meletakkan kami sebagai pakar yang dipercayai dalam industri Forex.

Hidup dengan erti sebenar Amana, kami percaya bahawa kejayaan kami hari ini adalah hasil daripada amalan perniagaan yang amat telus yang kami terapkan dengan pelanggan kami. Kami dengan pantas telah berkembang dari sebuah syarikat tunggal kepada kumpulan syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan dagangan atas talian dan penyampaian berita kewangan dan maklumat. Kita memberi khidmat kepada pelanggan institusi dan individu di lebih 60 negara.

Kami amat berbangga bahawa entiti kami adalah Disah Kuasakan dan Dikawal Selia oleh Financial Conduct Authority (FCA), Dubai Financial Services Authority (DFSA), Bank Pusat Lubnan (Banque Du Liban) dan Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC); pengawasan pengawalseliaan aktiviti kami membolehkan kami terus sejajar dengan amalan terbaik dan meningkatkan aras keyakinan semua pemegang saham dalam urusan mereka dengan kami.

Kita bersedia menghadapi peluang masa hadapan dengan keterujaan dan berjanji untuk terus memberikan perkhidmatan yang unggul dan konsisten kepada komuniti dagangan.

Ahmad Khatib
Ketua Pegawai Eksekutif

 

 

CUBA AKAUN DEMO

BUKA AKAUN SEBENAR