AMANA CAPITAL

 

AMANA CAPİTAL 

Selamat datang ke Amana Capital, rakan niaga anda dalam dagangan atas talianKumpulan Amana Capital adalah sebuah Kumpulan Perkhidmatan Kewangan khusus dalam menyediakan perkhidmatan broker di pasaran kewangan antarabangsa iaitu matawang, komoditi dan indeks saham. Berpunca dari perkataan Arab untuk integriti, Amana adalah nama yang mentakrifkan Kumpulan yang diguna pakai untuk menggambarkan semangat amalan-amalan perniagaan dan urusannya. Kumpulan menjalankan operasi beberapa entiti yang dikawal selia dan diberi kuasa oleh badan-badan peraturan yang mempunyai reputasi yang baik.VISI KUMPULAN
Visi kumpulan adalah untuk menjadi pemimpin kelas pertama dipercayai dalam penyampaian perkhidmatan kewangan inovatif dalam menjangkakan keperluan pelabur institusi dan individu.

CUBA AKAUN DEMO

BUKA AKAUN SEBENAR

Pemegang-pemegang saham Kumpulan mempunyai rekod prestasi lama bertapak, membina perniagaan yang berjaya, yang kini menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing termasuk perkhidmatan kewangan, perdagangan antarabangsa, dan pembangunan hartanah. Hari ini, perniagaan ini menggaji lebih daripada 2,000 orang dan merentangi berbilang benua.

Kumpulan Amana Capital terdiri daripada lima entiti utama, iaitu Amana Financial Services-UK, Amana Financial Services (Dubai) Limited, Amana Capital SAL-Lubnan, Amana Capital (Cyprus) Limited dan .

Amana Financial Services

“Amana Financial Services UK Ltd adalah disah kuasakan dan dikawal selia di United Kingdom oleh Financial Conduct Authority (FCA) Nombor Pendaftaran 605070. Syarikat menawarkan perkhidmatannya dari pejabatnya di Ludgate Hill. Fokus strategik syarikat adalah terhadap penyediaan persekitaran dagangan selamat dan boleh dipercayai untuk pelanggan.

Amana Financial Services (Dubai) Limited

Amana Financial Services (Dubai) Limited dikawal selia oleh Dubai Financial Services Authority (DFSA). Syarikat memperolehi lesen pada 12 April 2016 dan melancarkan operasi pejabatnya di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (Dubai International Financial Center – DIFC).

Amana Capital SAL

Amana Capital SAL, adalah Institusi Kewangan Berlesen dikawal selia oleh Bank Pusat Lubnan (Nombor Lesen 60). Tidak gentar dengan cabaran-cabaran kejatuhan ekonomi daripada krisis kewangan global, Amana Capital SAL adalah entiti kumpulan pertama yang ditubuhkan pada 2010.

Amana Capital Limited

Amana Capital Ltd. merupakan sebuah Firma Pelaburan Cyprus (Cyprus Investment Firm) berlesen yang dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (Nombor Lesen 155/11). Amana Capital Ltd memperolehi lesen daripada CySec pada tahun 2011. Penubuhan Amana Capital Ltd. membolehkan Kumpulan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan yang disediakan kepada kepelbagaian pelanggan yang semakin meningkat.

Metatrader 4

Berdagang Emas | Berdagang Perak | Dagangan Logam Berharga

Dagangan Emas dan Pasaran Logam Berharga

Dagangan Emas dan logam berharga lain, termasuk juga minyak mentah, kuprum dan petroleum adalah komoditi semulajadi yang memainkan peranan penting dalam pasaran komoditi dan merupakan barang dagangan berkontrak. Kontrak berasaskan logam berharga terdiri daripada niaga hadapan, harga spot, hadapan dan opsyen.

Perantara yang membolehkan kontrak niaga hadapan dilakukan adalah bursa niaga hadapan atau pasaran komoditi. Pelabur di seluruh dunia boleh mengakses kira-kira 50 pasaran komoditi utama dengan logam berharga seperti emas, perak, platinum dan palladium sebagai aset dagangan utama disebabkan oleh ketahanan dan nilai ekonominya yang tinggi. Jika Asia merupakan pasaran logam berharga terbesar dunia (China, India dan Singapura sebagai pengguna tertinggi komoditi ini), pasaran komoditi pula dikuasai oleh syarikat Amerika dan Eropah dengan syarikat logam berharga terbesar yang berpusat di Jerman dan Kanada.

CUBA AKAUN DEMO

Pasaran bursa niaga hadapan dimana selain daripada mata wang, indeks saham, emas dan lain-lain logam berharga turut aktif didagangkan, ia dibuka 24 jam sehari kecuali pada hari minggu. Secara umumnya, logam berharga dibeli menggunakan dua kaedah utama: kontrak spot dan kontrak niaga hadapan. Jika kontrak spot melibatkan jual beli fizikal komoditi untuk bayaran dan penghantaran pada tarikh spot (kebiasaannya dua hari bekerja selepas tarikh transaksi), niaga hadapan adalah kontrak yang diseragamkan, dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak untuk membeli atau menjual logam berharga pada kuantiti dan kualiti yang spesifik dengan harga yang dipersetujui (disebut sebagai harga hadapan) dengan pembayaran dan penghantaran pada tarikh yang akan datang (disebut sebagai tarikh penghantaran). Pembelian dan penjualan niaga hadapan berlaku tanpa pemilikan fizikal sebenar komoditi yang didagangkan dan dilakukan melalui dagangan atas talian.

Dagangan Emas dan Logam Berharga

Logam berharga yag kerap didagangkan adalah emas, platinum, palladium dan perak. Jumlah dagangan yang tinggi untuk komoditi-komoditi ini disebabkan oleh nilai intrinsik yang berkekalan tanpa mengira keadaan ekonomi. Kecenderungan untuk pembelian atas talian dan juga pemilikan fizikal untuk logam berharga sebagai pelaburan jangka panjang meningkat dengan banyak dalam beberapa dekad ini. Dagangan logam berharga juga memberikan peluang buat yang berminat dalam pelaburan jangka pendek memandangkan derivatif dan kontrak dagangan bursa hanya memerlukan modal yang lebih rendah serta lebih mudah untuk mendapatkan posisi dari pergerakan harganya.

Tidak seperti kebanyakan komoditi yang sangat bergantung pada tahap pengeluaran dan penggunaan, harga dagangan emas tidak terikat sebegini. Harganya mengikut rentak perubahan politik yang membolehkan emas berfungsi sebagai perlindungan nilai terhadap pasaran lain dalam keadaan yang tidak dapat dijangka. Selain emas, platinum, palladium dan perak adalah aset berharga dan didagangkan oleh pelabur-pelabur yang menganggap ianya sebagai simpanan nilai sewaktu ketidaktentuan kewangan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pergolakan harga dan boleh menyebabkan turun naik dalam pasaran logam berharga. Salah satu faktor penting adalah institusi kewangan global dimana pelaburan adalah bersifat spekulatif yang menyebabkan berlakunya pergerakan turun naik harga. Faktor lain yang mempengaruhi pasaran adalah trend pengguna akhir yang disebabkan oleh pembeli barang kemas. Permintaan barang kemas menyebabkan harga pasaran logam berharga meningkat. Ekonomi juga memberikan impak pada harga pasaran. Dalam ekonomi global yang baik, taraf kekayaan berhubung secara terus dengan permintaan barang kemas dari emas dan logam berharga yang lain. Apabila pelabur mencari pilihan pelaburan yang lebih berisiko, harga untuk beberapa logam berharga menurun sedangkan harga yang lain meningkat. Akhir sekali, perubahan permintaan untuk aset kewangan selain daripada logam berharga turut menyumbang kepada pergolakan harga.

Sejarah Dagangan Emas dan Logam Berharga

Logam berharga dan emas khususnya merupakan simbol kekayaan. Sejak zaman dahulu, ketika emas digunakan sebagai pertukaran berabad lamanya sama ada dalam bentuk syiling, bar dan jongkong yang mempunyai ketulenan dan berat yang tetap, emas telah menjadi aset yang bernilai dan dikehendaki. Syiling emas pertama dihasikan pada tahun 600 SM dan penggunaannya sebagai wang pertukaran (piawaian emas) berkekalan sehingga tahun 1930-an. Sebagai logam mudah lentur dan konduktor eletrik yang tinggi, emas tidak bertindakbalas dengan elemen lain dan ia digunakan dalam berberapa industri antaranya barang kemas, elektronik dan kimia komersial serta perubatan. Emas sebagai wang komoditi hanya digantikan oleh sistem mata wang fiat selepas tahun 1976, namun ia masih kekal sebagai aset pelaburan yang kukuh sehingga ke hari ini.

Selain emas, untuk lebih 4 ribu tahun, perak juga telah digunakan sebagai wang pertukaran dengan piawaian perak yang kekal sehingga abad ke-19. Permintaan industri, komersial dan pengguna menjadikan perak sebagai aset yang kukuh untuk pelaburan, dan derivatif seperti niaga hadapan perak didagangkan di pelbagai pasaran bursa di seluruh dunia. Dengan kehadiran dagangan atas talian, produk dagangan pertukaran perak merupakan cara mudah untuk pelabur mendapatkan harga perak dan melabur untuk jangka masa panjang.

Jika dibandingkan dengan dagangan emas dan perak yang telah menjadi aset pelaburan sejak tamadun purba, platinum dan palladium mempunyai sejarah yang lebih singkat dalam sektor kewangan. Walaubagaimanapun, disebabkan ia susah didapati dan kurangnya penghasilan tahunan ditambah dengan fungsinya yang pelbagai dalam beberapa bidang industri, pada satu-satu masa ia boleh dijual pada harga lebih tinggi daripada emas. 10 kali lebih jarang ditemui berbanding emas, platinum adalah simbolik kekayaan dan aloi platinum (emas putih) telah digunakan sejak peradaban pre-Colombia. Penemuan platinum pertama di Eropah adalah pada abad ke-16 dan sejak abad ke-18 ia telah digunakan dalam barang kemas, industri kimia dan permotoran, pergigian dan juga perubatan.

Sama seperti platinum, palladium juga memainkan peranan yang penting dalam teknologi. Sejak penemuannya pada abad ke-19 Eropah, permintaan global untuk palladium telah meningkat mendadak terutamanya dalam industri automobil, malah turut digunakan secara meluas dalam perubatan, industri elektikal, barang kemas dan juga sebagai aset pelaburan. Disebabkan oleh permintaan dan penawaran (s.c. penentuan harga pasaran), harga platinum dan palladium boleh meningkat seperti harga emas atau lebih sewaktu ekonomi dalam keadaan stabil tetapi akan menurun jauh berbanding harga emas sewaktu ketidakstabilan ekonomi, menjadikan emas sebagai logam yang lebih stabil untuk pelaburan.

Dagangan Emas dan Logam Berharga Hari Ini

Logam berharga adalah salah satu komoditi semulajadi yang popular didagangkan sejak tahun 1970. Selain dagangan tukaran mata wang asing (forex), pelaburan jangkamasa panjang dalam emas dan logam berharga merupakan kaedah pengurusan risiko portfolio yang popular di seluruh dunia ketika inflasi atau ketidakstabilan politik/ekonomi.

Kontrak niaga hadapan dikenali sebagai kontrak derivatif yang bermaksud nilai kontrak diambil daripada prestasi aset pendasar. Salah satu tujuan utama melabur dalam niaga hadapan logam berharga adalah untuk mengurangkan risiko: memandangkan kebolehan pembeli dan penjual kontrak untuk menetapkan kadar atau harga terlebih dahulu untuk transaksi akan datang, jadi mereka boleh boleh mengawal daripada pergerakan harga yang drastik atau tiba-tiba yang boleh menyebabkan kerugian meningkat.

Logam berharga boleh didagangkan dalam dua arah: sekiranya pasaran dijangka bergerak ke atas (trend menaik) dagangan boleh dilakukan dengan membeli kontrak niaga hadapan (melakukan pembelian) dan menutup dagangan dengan menjual semula; dan sekiranya jangkaan pergerakan ke bawah (trend menurun), dagangan boleh dilakukan dengan menjual kontrak niaga hadapan (melakukan penjualan) dan menutup dagangan dengan pembelian kontrak. Kemungkinan untuk dagangan beberapa kontrak niaga hadapan turut diberikan iaitu memasuki kontrak pada harga berbeza dan keluar pada satu-satu harga atau sebaliknya. Kebolehan untuk melakukan dagangan dua arah membolehkan pelabur meraih keuntungan tidak kira ketika pasaran dalam keadaan menaik atau menurun.

Perdagangan Forex

Bank peringkat teratas: Perkhidmatan Perbankan Amana Capital (simpanan & pengeluaran) disediakan oleh bank-bank tempatan dan antarabangsa yang terkemuka.
Produk Dagangan: Pelbagai instrumen kewangan termasuk Forex (Mata Wang), Logam Lani (Emas, Perak) dan Niaga Hadapan (Minyak Mentah, Indeks-indeks saham).
Platform Dagangan: Pelbagai perisian dagangan termasuk MetaTrader4 untuk Komputer Peribadi, MAC dan Telefon Pintar (iOS, Android).
Harga dan Pelaksanaan: Spread yang amat kompetetif, leveraj yang fleksibel sehingga 1:500, ketersediaan lot mini dan makro serta pelaksanaan pasaran dengan gelinciran positif dan tiada sebut harga semula.
Pelbagai kaedah pembiayaan akaun: Pembiayaan melalui Pindahan Kawat Bank dan Kad Kredit/Debit menggunakan ruangan ahli Amana Capital.
Kajian dan Analisis: Ramalan analisis pasaran harian dan peringatan SMS yang dibawa kepada anda oleh Portal kewangan Amana Capital souqelmal.com, sebagai tambahan kepada pembekal penyelidikan terkemuka lain seperti Trading Central, Claws and Horns dan Autochartist.
Perkhidmatan Pelanggan Khas: Sokongan pelanggan berbilang bahasa 24 jam melalui telefon, sembang langsung, e-mel dan media sosial.
Peraturan Pelbagai Negara yang Unggul: British FCA (Nombor Pendaftaran: 605070), Emirati DFSA (Nombor Pendaftaran: F003269), Bank Pusat Lubnan (Nombor Pendaftaran: 60) dan Cyprus CySec (Nombor Pendaftaran: 155/11).
Akaun Pelanggan Berasingan: Dana pelanggan adalah benar-benar berasingan dari dana Amana Capital.

CUBA AKAUN DEMO

Perlindungan Deposit: Perlindungan dana pelanggan oleh British FSCS (Financial Services Compensation Scheme) (Skim Pampasan Perkhidmatan Kewangan) & ICF Cyprus (Investor Compensation Fund) (Dana Pampasan Pelabur).
Sistem Pengurusan Risiko yang Mantap: Renti Rugi, Ambil Untung, Renti Beli/Jual dan Had Beli/Jual untuk menguruskan risiko dan mengambil kesempatan daripada pergerakan pasaran.

Ditadbir oleh Undang-undang Eropah: Arahan MiFID (MiFID Directive) dengan objektif utama untuk meningkatkan ketelusan kewangan, meningkatkan persaingan, dan menawarkan perlindungan konsumer yang lebih luas dalam perkhidmatan pelaburan.
Kepimpinan dan Profesionalisme: Pemegang saham dan pasukan termasuk profesional dengan pengalaman daripada syarikat-syarikat antarabangsa dan serantau.
Diaudit oleh Firma-Firma Audit Terbaik: Diaudit oleh firma audit antarabangsa yang terkenal seperti PWC.
Profesionalisme
dan Keselamatan
Bekerja dalam persekitaran kawal selia yang sangat ketat untuk pelanggan-pelanggan kami dengan penuh ketelusan dan profesionalisme.

Tumpuan Kepada
Pelanggan-Pelanggan Kami
Menyesuaikan Perkhidmatan kami kepada Pedagang Arab.

Kehadiran fizikal Kehadiran geografi atau melalui rangkaian rakan-rakan niaga seluruh rantau ini untuk sokongan pelanggan yang lebih baik.
Persefahaman mendalam mengenai pelanggan di Timur Tengah: Memahami budaya bagi semua pelanggan kami.
Profesional dan Sokongan Pelanggan Dwibahasa sepanjang masa: Pasukan sokongan pelanggan profesional kami bersedia untuk membantu anda dengan soalan anda dengan serta-merta
Pilihan pembiayaan tempatan dengan deposit dan pengeluaran pantas: bekerjasama dengan bank-bank tempatan dan memudahkan pelaksanaan yang pantas bagi deposit dan pengeluaran.
Bahan Pendidikan Arab tulen: Portal pendidikan kami, SouqElmal.com menawarkan peralatan dan bahan pendidikan yang asli untuk manfaat pedagang kami.
Berdagang Forex dengan Kumpulan Pembrokeran Pemenang Anugerah
Sokongan Dagangan FX yang terbaik
Broker Forex Terbaik Timur Tengah
Broker Berkembang Terpantas
Broker FX Serantau Terbaik
Penyedia FX Runcit Terbaik
Broker Forex Standard Terbaik
Kecemerlangan Perkhidmatan Pelanggan
Broker FX Paling Telus
Penyedia Derivatif Kewangan Terbaik

broker forex